Wednesday 6 April 2011

Asia Herbal Biotech Labur RM5 juta Buka Kilang



ASIA Herbal Biotech Sdn Bhd, syarikat pengeluar produk penjagaan kesihatan berasaskan Cordyceps, bercadang memperuntukkan pelaburan sebanyak RM5 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran tisu kultur bagi herba Cordyceps di Bukit Tinggi, Klang, menjelang 2015.

Ketua Eksekutifnya, Rick Gan, berkata pusat pengeluaran tisu kultur itu akan dibangunkan dengan kerjasama penyelidik universiti dari China.

Katanya, projek pembinaan kilang itu akan berfungsi sebagai pusat pengeluaran herba Cordyceps untuk diproses sebagai produk minuman dan pelbagai produk kesihatan.

“Sebelum ini, harga herba Cordyceps liar amat tinggi sehingga mencecah RM300 setiap gram, namun menerusi proses pengkulturan tisu, kita mampu menghasilkan Cordyceps berkualiti tinggi dan berharga lebih rendah,” katanya.

“Namun sebelum pembinaan kilang itu, kami terlebih dulu perlu mendidik masyarakat di Malaysia berhubung manfaat herba ini kepada kesihatan menerusi pengeluaran produk minuman berasaskan Cordyceps,” katanya pada sidang media selepas pelancaran jus Cordy dan CordyCafe di Kuala Lumpur, semalam.

Sebotol jus Cordy dihasilkan menggunakan campuran tiga gram herba Cordyceps dan 20 jenis buah-buahan manakala bagi CordyCafe pula mengadunkan campuran herba Cordyceps dengan kopi jenis Arabica.

Kedua-dua minuman penjagaan kesihatan ini ditawarkan pada harga istimewa untuk ahli yang berdaftar dengan Asia Herbal Biotech.

Sekotak jus Cordy yang mengandungi tiga botol minuman bersaiz 300 milimeter (ml) itu berharga RM300, namun ia boleh dibeli secara berasingan berdasarkan keperluan pengguna.

Sementara itu, Gan berkata, syarikat juga bakal melancarkan beberapa produk baru di pasaran tidak lama lagi seperti CordyVital, CordyPlus yang mengandungi propolis, CordyBelle dan CordyMeal.

Sumber: Berita Harian online (06/11/2010)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons