Sunday 10 April 2011

CORDYJUICE


Cordy Juice adalah minuman jus untuk kesihatan. Ia dirumus dengan menggunakan bioteknologi terkini menggabungkan tisu Cordyceps, 20 jenis jus buahan serta diadun dengan menggunakan teknologi air Heksagonal.  

Khasiat Utama Cordy Juice

Kaya dengan zat anti-oksidan dan anti-radang (anti-inflammatory)
Membantu sistem jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.
Memperbaiki sistem pernafasan.
Meningkatkan sistem kekebalan/imun tubuh.
Memperbaiki gangguan disfungsi seksual pada lelaki dan juga wanita.
Melawan radikal bebas dan penuaan (anti-aging).
Meningkatkan tenaga dan stamina.
Menurunkan kadar kolestrol.
Mempercepatkan proses penyrmbuhan penyakit.
Membantu meningkatkan daya ingatan dan mencegah penyakit nyanyuk

CORDYCEPS KULTUR JARINGAN
 
CORDYCEPS dikenali sebagai Raja Herbal dari China atau pun Harta Karun dari Timur termasuk dalam golongan sejenis cendawan yang mengandungi khasiat sangat tinggi dalam menyembuhkan berbagai penyakit. Cordyceps yang dalam bahasa Mandarin dikenali dengan dong chong xia chao (Ulat Musim Sejuk dan Rumput Musim Panas) hanya boleh ditemui di daerah pergunungan China dan Tibet pada ketinggian diatas 3000 m di atas permukaan laut dan mempunyai sejarah ribuan tahun sebagai bahan herba terkemuka di dalam tradisi perubatan herbal China. 

Oleh kerana memiliki khasiat sangat tinggi yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit, maka Cordyceps banyak dicari untuk digunakan sebagai bahan perubatan, namun kerana lokasi tumbuhnya sangat sulit dijangkau sehingga sangat sulit didapat, menyebabkan nilainya begitu tinggi melebihi emas. Hanya maharaja dan kalangan istana sahaja yang boleh mengambil Cordyceps.  

Para saintis telah mencuba pelbagai cara untuk mengembang-biakkan Cordyceps pada lingkungan buatan, namun setakat ini usaha tersebut belum membuahkan hasil memuaskan. Hingga baru-baru ini sebuah institusi penyelidikan bio-teknologi pada Universiti Tsinghua (Universiti No.1 di China) berhasil melakukan terobosan dalam hal budi daya Cordyceps (Cordyceps Sinensis) dengan kultur rangkaian yang telah dipatenkan. Terobosan teknologi budi daya ini telah membolehkan Cordyceps boleh dihasilkan secara missal dan hasil kajian secara klinikal menunjukkan bahawa Cordyceps hasil budi daya kultur rangkaian ini mempunyai khasiat 28 kali lebih tinggi berbanding Cordyceps yang tumbuh liar di alam.  

Maklumat lebih lengkap mengenai Cordycpes Sinensis klik di sini  

20 JENIS BUAH-BUAHAN SUMBER ANTI-OKSIDAN TERBAIK  

20 jenis buah-buahan yang terkandung di dalam Cordy Juice merupakan jenis buah-buahan terpilih yang dikenali-pasti memiliki kandungan anti oksidan yang tinggi untuk melawan berbagai macam radikal bebas di dalam tubuh.  

Seperti diketahui, kadar radikal bebas yang tinggi dalam tubuh kita dapat menyebabkan penyakit-penyakit seperti: jantung, kanser, diabetes, penuaan, Alzheimer, Parkinson, radang dan lain-lain. Sumber-sumber radikal bebas ada di sekeliling kita: makanan yang kurang sihat, asap rokok, udara yang tercemar, asap kenderaan bermotor dan perkilangan, udara yang berasal dari AC di dalam bilik, bahkan dari dalam tubuh kita sendiri. Radikal bebas ini di dalam tubuh akan menyerang dan merosak sel-sel yang sihat dan menjadikannya radikal bebas yang baru dan seterusnya.  

Anti-oksidan sangat diperlukan untuk melawan radikal bebas. Walaupun tubuh kita mampu menghasilkan sendiri zat anti oksidan untuk melawan radikal bebas, namun jumlahnya sangat terbatas mengingat begitu banyak radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh yang berasal dari lingkungan maupun makanan yang kita makan. Cordy Juice yang mengandungi 20 jenis buah terpilih dan telah dikenal sebagai sumber anti-oksidan tinggi menawarkan penyelesaian terbaik untuk melawan dan menurunkan kadar radikal bebas dalam tubuh anda sehingga tubuh menjadi lebih sihat dan kemungkinan terkena penyakit-penyakit yang boleh ditimbulkan oleh radikal bebas akan lebih kecil .  

20 jenis buah-buahan di dalam Cordy Juice klik di sini.  

TEKNOLOGI AIR HEKSAGONAL 
Air Heksagonal adalah air yang molekulnya mempunyai bentuk segi-6 (heksagon) yang menyerupai struktur Kristal. Dr. Mu Shik Jhon, saintis Korea yang juga pengarang buku "The Water Puzzle and The Hexagonal Key" menjelaskan bahawa molekul air yang 100% struktur molekulnya berbentuk heksagon mempunyai kemampuan yang sangat besar dalam hal menyimpan tenaga yang sewaktu-waktu dapat dilepaskan seketika bilamana diperlukan oleh makhluk hidup.  

Air heksagon ini selain mampu menghantar dan menerima maklumat dengan sangat cekap juga merupakan kunci bagi proses penghidratan yang cepat, meningkatkan pemindahan tenaga protein dan kestabilan DNA serta peningkatan banyak proses metabolisme tubuh.  

Setiap sel di dalam tubuh kita memiliki semacam 'tempat bongkar muat (docking station) yang disebut receptor sites. Proses penyerapan nutrisi makanan ke dalam sel dan pengeluaran racun/pulpa ke luar sel terjadi di sini. Agar penyerapan nutrisi oleh sel berjalan optimum, maka molekul air perlu memiliki bentuk molekul khusus untuk boleh 'berlabuh' pada receptor dan melakukan komunikasi dengan sel sehingga proses transfer nutrisi ke dalam sel sekaligus membawa racun keluar dari sel boleh dilakukan.
 
Bahan-bahan utama Cordy Juice diformulasikan menggunakan teknologi air heksagon sehingga membolehkan proses penyerapannya berlangsung cepat sehingga Cordy Juice boleh terus bekerja di dalam tubuh dan tidak memerlukan masa yang lama untuk bisa merasakan khasiatnya. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons