INTRODUKSI

Bioteknologi adalah salah satu daripada bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya. Di antara contoh penggunaan bioteknologi adalah pencapjarian DNA bagi mengesan penjenayah dan mengenalpasti penyakit genetik; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dan penghasilan tanaman transgenik (transgenic crops) dalam sektor pertanian.

Menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan negara, Kerajaan telah mengenal pasti bidang ini sebagai salah satu industri utama negara. Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 6 menyatakan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab industri bioteknologi. Dalam usaha untuk menjadi salah sebuah negara utama dalam bidang ini, Kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Kebangsaan (NBP) pada buan April 2005. Lantaran itu, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang bertanggungjawab membangunkan industri ini.

Transformasi sektor bioteknologi diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) 

Terdapat banyak institusi penyelidikan kerajaan dan institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang bioteknologi. 

Pembiayaan 

Kerajaan menyediakan beberapa skim pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta insentif perniagaan berasaskan bioteknologi kepada sektor industri. Klik pada pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Program Latihan
Terdapat beberapa program latihan berkaitan bioteknologi yang disediakan oleh institusi penyelidikan kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam.

Khidmat Nasihat
Pembangunan industri bioteknologi di Malaysia masih lagi dalam peringkat awal. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah agensi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan bioteknologi negara.
Terdapat juga agensi-agensi Kerajaan dan bukan kerajaan yang menyediakan khidmat nasihat berkenaan industri ini. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Peluang Pelaburan
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-kerajaan Negeri sentiasa mempelawa pelabur dan usahawan dari dalam dan luar negara untuk membangunkan industri bioteknologi di Malaysia. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA 

Dasar Bioteknologi Negara yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada April 2005 merupakan komitmen kerajaan untuk menerokai bioteknologi dalam usaha membangunkan ekonomi berteraskan inovasi. Pelaksanaan fasa pertama (2005 - 2010) Dasar Bioteknologi Negara telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK) di MOSTI berperanan untuk memacu agenda bioteknologi negara melalui program-program pembangunan berikut :-
Dalam pelaksanaan fasa 1 Dasar Bioteknologi Negara, kerajaan telah menubuhkan BiotechCorp (Malaysian Biotechnology Corporation) sebagai one-stop centre untuk pembangunan industri bioteknologi negara ini dan seterusnya diwujudkan status BioNexus untuk bagi menggalakkan pembangunan industri bioteknologi. Di samping itu, dalam fasa yang sama, tiga Institut Bioteknologi Kebangsaan (Agro-Biotechnology Institute, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia & Malaysia Genome Institute) telah ditubuhkan. 


E-BIOTECH

Apakah pula E-Biotech? Di dalam konteks perniagaan Asia Herbal Biotech, E-Biotech membawa maksud segala produk yang dihasilkan melalui penggunaan teknologi bio yang kemudiannya menggunakan platform internet sebagai medium pemasarannya.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons